SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Tentang Zazira Movers

Temui jawapan kepada soalan-soalan popular daripada pelanggan kami tentang servis pindah rumah, pejabat, pelupusan, dan logistik di Malaysia. Kami kumpulkan semua maklumat penting untuk bantu anda membuat keputusan dengan yakin.

Soalan Popular

Soalan Lazim Tentang Servis Pindah Rumah & Lori Movers Kami

Apakah jenis servis yang disediakan oleh Zazira Movers?

Kami menyediakan pelbagai servis movers dan logistik yang fleksibel untuk semua keperluan pelanggan.

Zazira Movers menawarkan:

Kami beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Ya, kami beroperasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Kami mempunyai rangkaian movers di semua negeri di Semenanjung Malaysia:
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Selain itu, kami juga uruskan penghantaran antara Semenanjung ke Sabah & Sarawak melalui perkhidmatan pengangkutan laut dan udara.

Harga kami telus dan berdasarkan:

Harga pemindahan dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:

Kami juga tawarkan pelan ansuran EPP (Easy Payment Plan) 0% faedah supaya anda boleh pindah dulu, bayar kemudian.

Ketahui bagaimana kami kira harga supaya anda dapat anggaran kos yang telus dan adil.

Kami pastikan tiada caj tersembunyi, semua dikira dengan telus dan profesional.

Pilihan fleksibel bergantung kepada pakej yang anda ambil.

Jika anda ambil pakej Basic, pemandu hanya bertanggungjawab memandu dan mengurus lori.

Namun, untuk pakej Bronze dan keatas, kami sediakan tenaga kerja movers yang profesional dan terlatih yang akan bantu angkat, susun dan pindahkan semua barang dengan selamat.

Kami ada servis “Full Handling” untuk pelanggan yang nak pindah tanpa perlu sentuh barang langsung.

Keselamatan barangan anda adalah tanggungjawab utama kami.

Ya, pasukan movers kami juga dilatih untuk mengendalikan barangan berat & mudah pecah dengan cara paling selamat.

Ya, kami sedia membantu anda walaupun dalam masa kecemasan.

Kami memahami ada situasi di mana anda perlu pindah segera, Zazira Movers menawarkan servis segera on-demand movers 24 jam untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Hubungi kami, kami akan sediakan lori terus ke lokasi anda.

Sudah tentu, kami ada lori dari 1 tan hingga 10 tan.

Kami sediakan pelbagai saiz lori mengikut bajet dan keperluan anda:

Pasukan kami boleh bantu cadangkan lori terbaik untuk optimumkan kos & masa pindahan.

Kami bantu anda pilih SAIZ lori paling sesuai mengikut bilangan barangan.

Jangan risau, anda hanya perlu hantar gambar barangan melalui WhatsApp, dan kami akan bantu anggar saiz lori yang sesuai.

Kami sediakan site visit dengan hubungi mover consultant anda bagi memastikan saiz lori dan jumlah tenaga kerja optimum.

Pendek kata, kami bantu anda jimat masa dan bajet.

Boleh, kami sediakan servis penghantaran berbilang lokasi.

Ya, pelanggan boleh singgah hantar barang di lokasi tambahan seperti rumah kedua, stor, atau pejabat lain.
Namun, tambahan caj akan dikenakan bergantung pada jarak dan masa tambahan.
Kami bantu anda rancang laluan paling efisien supaya kos tetap minimum.

Kami tawarkan wrapping profesional untuk lindungi semua barangan anda.

Untuk elakkan perabot calar, rosak atau kotor semasa urusan pemindahan, kami sediakan servis wrapping profesional.

Setiap roll shrink wrap & bubble wrap mengikut size lori yg ditempah. Kami galakkan pelanggan guna servis ini terutamanya untuk barangan mudah calar, kaca, kayu atau perabot premium.

Ya, kami tawarkan pelbagai servis tambahan khas untuk pelanggan kami.

Selain pindah rumah, Zazira Movers juga menyediakan:

Boleh, kami sediakan kotak & bahan pembungkusan berkualiti.

Ya, anda boleh packing sendiri menggunakan kotak premium dari Zazira Movers.
Pelanggan boleh ambil sendiri di HQ Seremban atau kami boleh uruskan penghantaran ke lokasi anda. Boleh juga membuat pembelian kotak kami melalui Shopee kami – Klik Disini
Kotak kami direka khas supaya kuat, mudah susun, dan selamat untuk barangan berat seperti buku atau peralatan elektrik.

Ya, kami ada kemudahan stor penyimpanan sementara yang selamat.

Zazira Movers menawarkan servis penyimpanan sementara (gudang) untuk pelanggan yang sedang ubahsuai rumah, berpindah pejabat, atau tunggu kunci rumah baru.

Kami juga sediakan pakej jangka pendek & jangka panjang mengikut keperluan pelanggan.

Pindah dulu, bayar kemudian tanpa faedah tersembunyi.

Zazira Movers kini menawarkan pelan bayaran ansuran EPP (Easy Payment Plan) 0% faedah (Credit Card Installment) untuk semua pelanggan layak. Anda boleh pilih bayaran 3 hingga 12 bulan menggunakan Maybank, CIMB, RHB, HongLeong, HSBC, UOB, OCBC, Affin, Ambank, Alliance, Aeon, Standard Chartered, AMEX. Proses mudah, cepat diluluskan dan tiada caj tambahan. Sesuai untuk pelanggan yang mahu pindah rumah atau pejabat tanpa beban kewangan besar.

Perkara Istimewa Yang Kami Lakukan untuk Pelanggan Kami

Servis eksklusif & perhatian khas untuk setiap pelanggan Zazira Movers.

Kami percaya setiap pelanggan berhak mendapat layanan istimewa.
Antara perkara yang menjadikan Zazira Movers unik & dipercayai:

Proses kerja pindah rumah oleh Zazira Movers Malaysia

Jom Pindah Bersama Kami Hari Ini!

Kami telah membantu ribuan pelanggan di seluruh Malaysia berpindah dengan selamat, cepat dan tanpa stress.