SOALAN LAZIM
Soalan Lazim Tentang Zazira Movers
Temui jawapan kepada soalan-soalan popular daripada pelanggan kami tentang servis pindah rumah, pejabat, pelupusan, dan logistik di Malaysia. Kami kumpulkan semua maklumat penting untuk bantu anda membuat keputusan dengan yakin.
Soalan Popular
Soalan Lazim Tentang Servis Pindah Rumah & Lori Movers Kami
Apakah jenis servis yang disediakan oleh Zazira Movers?
Kami menyediakan pelbagai servis movers dan logistik yang fleksibel untuk semua keperluan pelanggan.
Zazira Movers menawarkan:
- Servis pindah rumah & pejabat (Movers)
- Servis pelupusan tong roro (buang sisa, perabot, barangan besar)
- Servis penyimpanan barang (gudang)
- Servis pengangkutan logistik
- Servis pengangkutan laut dan udara
- Servis pemindahan gudang
- Servis penghantaran produk
- Servis penghantaran kenderaan
- Servis pembersihan sebelum atau selepas berpindah
Kami beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Adakah Zazira Movers menawarkan servis di seluruh Malaysia?
Ya, kami beroperasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
Kami mempunyai rangkaian movers di semua negeri di Semenanjung Malaysia:
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Selain itu, kami juga uruskan penghantaran antara Semenanjung ke Sabah & Sarawak melalui perkhidmatan pengangkutan laut dan udara.
Bagaimana anggaran harga atau caj dikira?
Harga kami telus dan berdasarkan:
Harga pemindahan dikira berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Jarak antara lokasi “Pick-up” dan “Drop-off”
- Saiz lori (1 tan, 3 tan, 5 tan, 7 tan, 10 tan)
- Jumlah tenaga kerja diperlukan
- Pakej yang dipilih
- Servis tambahan
Kami juga tawarkan pelan ansuran EPP (Easy Payment Plan) 0% faedah supaya anda boleh pindah dulu, bayar kemudian.
Cara pengiraan harga dengan tepat?
Ketahui bagaimana kami kira harga supaya anda dapat anggaran kos yang telus dan adil.
- Harga dikira berdasarkan saiz lori (1 tan – 10 tan), jarak perjalanan, dan pakej yang dipilih
- Faktor tambahan seperti jenis bangunan, penggunaan lif, atau tangga juga diambil kira.
- Untuk lokasi bertingkat tanpa lif, cas tambahan dikenakan mengikut bilangan tingkat.
Kami pastikan tiada caj tersembunyi, semua dikira dengan telus dan profesional.
Pemandu lori angkat barang sekali tak?
Pilihan fleksibel bergantung kepada pakej yang anda ambil.
Jika anda ambil pakej Basic, pemandu hanya bertanggungjawab memandu dan mengurus lori.
Namun, untuk pakej Bronze dan keatas, kami sediakan tenaga kerja movers yang profesional dan terlatih yang akan bantu angkat, susun dan pindahkan semua barang dengan selamat.
Kami ada servis “Full Handling” untuk pelanggan yang nak pindah tanpa perlu sentuh barang langsung.
Adakah barangan pelanggan dijamin selamat semasa pindahan?
Keselamatan barangan anda adalah tanggungjawab utama kami.
Ya, pasukan movers kami juga dilatih untuk mengendalikan barangan berat & mudah pecah dengan cara paling selamat.
Adakah Zazira Movers menyediakan servis kecemasan atau on-demand?
Ya, kami sedia membantu anda walaupun dalam masa kecemasan.
Kami memahami ada situasi di mana anda perlu pindah segera, Zazira Movers menawarkan servis segera on-demand movers 24 jam untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Hubungi kami, kami akan sediakan lori terus ke lokasi anda.
Bolehkah saya pilih saiz lori sendiri?
Sudah tentu, kami ada lori dari 1 tan hingga 10 tan.
Kami sediakan pelbagai saiz lori mengikut bajet dan keperluan anda:
- 1 Tan – pindahan kecil (bilik, studio, penghantaran ringan)
- 3 Tan – pindahan rumah biasa
- 5 Tan – pindahan sederhana besar / pejabat kecil
- 7 Tan – pindahan rumah besar / pejabat besar
- 10 Tan – pindahan industri / logistik komersial
Pasukan kami boleh bantu cadangkan lori terbaik untuk optimumkan kos & masa pindahan.
Saya tidak tahu nak pilih lori saiz apa.
Kami bantu anda pilih SAIZ lori paling sesuai mengikut bilangan barangan.
Jangan risau, anda hanya perlu hantar gambar barangan melalui WhatsApp, dan kami akan bantu anggar saiz lori yang sesuai.
Kami sediakan site visit dengan hubungi mover consultant anda bagi memastikan saiz lori dan jumlah tenaga kerja optimum.
Pendek kata, kami bantu anda jimat masa dan bajet.
Semasa bawa barang, boleh singgah hantar barang di tempat lain dahulu?
Boleh, kami sediakan servis penghantaran berbilang lokasi.
Ya, pelanggan boleh singgah hantar barang di lokasi tambahan seperti rumah kedua, stor, atau pejabat lain.
Namun, tambahan caj akan dikenakan bergantung pada jarak dan masa tambahan.
Kami bantu anda rancang laluan paling efisien supaya kos tetap minimum.
“Saya risau perabot saya calar tuan,” Kata Datin Ayra.
Kami tawarkan wrapping profesional untuk lindungi semua barangan anda.
Untuk elakkan perabot calar, rosak atau kotor semasa urusan pemindahan, kami sediakan servis wrapping profesional.
Setiap roll shrink wrap & bubble wrap mengikut size lori yg ditempah. Kami galakkan pelanggan guna servis ini terutamanya untuk barangan mudah calar, kaca, kayu atau perabot premium.
Adakah saya boleh minta khidmat tambahan seperti pembungkusan atau pembersihan?
Ya, kami tawarkan pelbagai servis tambahan khas untuk pelanggan kami.
Selain pindah rumah, Zazira Movers juga menyediakan:
- Servis pembungkusan profesional (shrink wrap, bubble wrap, kotak)
- Servis pembersihan rumah (moving-in / moving-out cleaning)
Boleh ke jika saya nak packing sendiri, tapi nak beli kotak dari pihak Zazira Movers?
Boleh, kami sediakan kotak & bahan pembungkusan berkualiti.
Ya, anda boleh packing sendiri menggunakan kotak premium dari Zazira Movers.
Pelanggan boleh ambil sendiri di HQ Seremban atau kami boleh uruskan penghantaran ke lokasi anda. Boleh juga membuat pembelian kotak kami melalui Shopee kami – Klik Disini
Kotak kami direka khas supaya kuat, mudah susun, dan selamat untuk barangan berat seperti buku atau peralatan elektrik.
Rumah saya sedang renovate, adakah pihak zazira movers ada tempat penyimpanan barang?
Ya, kami ada kemudahan stor penyimpanan sementara yang selamat.
Zazira Movers menawarkan servis penyimpanan sementara (gudang) untuk pelanggan yang sedang ubahsuai rumah, berpindah pejabat, atau tunggu kunci rumah baru.
Kami juga sediakan pakej jangka pendek & jangka panjang mengikut keperluan pelanggan.
Bagaimana pelan ansuran Zazira Movers berfungsi?
Pindah dulu, bayar kemudian tanpa faedah tersembunyi.
Zazira Movers kini menawarkan pelan bayaran ansuran EPP (Easy Payment Plan) 0% faedah (Credit Card Installment) untuk semua pelanggan layak. Anda boleh pilih bayaran 3 hingga 12 bulan menggunakan Maybank, CIMB, RHB, HongLeong, HSBC, UOB, OCBC, Affin, Ambank, Alliance, Aeon, Standard Chartered, AMEX. Proses mudah, cepat diluluskan dan tiada caj tambahan. Sesuai untuk pelanggan yang mahu pindah rumah atau pejabat tanpa beban kewangan besar.
Perkara Istimewa Yang Kami Lakukan untuk Pelanggan Kami
Servis eksklusif & perhatian khas untuk setiap pelanggan Zazira Movers.
Kami percaya setiap pelanggan berhak mendapat layanan istimewa.
Antara perkara yang menjadikan Zazira Movers unik & dipercayai:
- Hadiah penghargaan pelanggan selepas servis pindahan berjaya.
- Gambar kenangan percuma bersama pasukan movers selepas pemindahan rumah (atas permintaan).
- Follow-up selepas pindahan untuk pastikan pelanggan 100% puas hati.
- Sokongan pelanggan 24/7 melalui WhatsApp & panggilan.
- Pelan EPP (Easy Payment Plan) Credit Card 0% Faedah. Pindah dulu, bayar kemudian
- On-demand Movers 24 jam.

Jom Pindah Bersama Kami Hari Ini!
Kami telah membantu ribuan pelanggan di seluruh Malaysia berpindah dengan selamat, cepat dan tanpa stress.