Pakar Lori Pindah Rumah & Pejabat
Tentang Zazira Movers
Pindah rumah, pejabat, atau perniagaan kini lebih mudah bersama Zazira Movers, pakar pindah rumah profesional yang dipercayai No. 1 Malaysia.
Integriti & Objektiviti
Bekerja dengan jujur, adil dan berintegriti demi kepercayaan pelanggan.
Cemerlang & Fokus Pelanggan
Utamakan pelanggan dengan perkhidmatan terbaik dan penuh komitmen.
Kepakaran & Kerjasama
Komunikasi jelas, kerjasama kukuh untuk capai matlamat bersama.
TENTANG KAMI
Zazira Movers,“ Your Specialist Mover”
Zazira Movers, dikenali sebagai “Your Specialist Mover”, ialah syarikat pakar lori pindah rumah dan pejabat yang berpangkalan di Seremban, Negeri Sembilan serta beroperasi di seluruh Malaysia.
Diasaskan oleh Encik Mohd Zamri Bin Zakaria, Zazira Movers mula beroperasi sejak 2014, dan kini telah menjadi antara syarikat movers paling dipercayai No. 1 di Malaysia. Kami komited memberikan perkhidmatan pindah rumah, pejabat dan logistik yang cepat, selamat, dan mampu milik kepada setiap pelanggan.
Di bawah Tuan Mohd. Zamri Bin Zakaria, Zazira Movers telah berkembang daripada operasi tempatan kepada rangkaian movers yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Kemahiran Kami
CEO & Pengasas
Kepuasan, keselamatan dan ketenangan pelanggan adalah keutamaan kami dalam setiap perpindahan.
Zazira Movers telah diperakui oleh TrustedMalaysia.com dan disenaraikan di tangga #1 sebagai Syarikat Pindah Rumah & Pejabat Terbaik di Malaysia
Kami mempunyai pasukan movers yang berpengalaman, berdisiplin dan dilatih secara profesional untuk memastikan setiap barangan pelanggan dikendalikan dengan penuh cermat dan keselamatan.
- Servis pindah rumah & pejabat profesional
- Harga telus dan mampu milik tanpa caj tersembunyi
- Tenaga kerja terlatih & mesra pelanggan
- Servis movers on-demand profesional 24 jam
- Jaminan keselamatan & perlindungan barangan

Misi Kami
- Untuk menjadi perkhidmatan pengangkutan & logistik yang diiktiraf di Malaysia dan Asia
- Menjaga reputasi kebolehpercayaan dan etika perniagaan
- Menyediakan perkhidmatan tersuai dan mendapatkan 100% kepuasan pelanggan dengan kualiti perkhidmatan
- Memastikan tiada rekod kemalangan semasa memindahkan barang pelanggan
Visi Kami
“Move anytime, anywhere and everywhere.”

Anugerah Kepimpinan Industri 2022
(Perkhidmatan Lori Sewa & Logistik) oleh Niaga Times – Malaysia Industry Personalities & Entrepreneurs Awards 2022

Best Industry Brand of The Year 2022
oleh Bumiputera Business Excellence Awards 2022

Diiktiraf oleh TrustedMalaysia.com
Sebagai Syarikat Movers #1 di Malaysia, Kuala Lumpur, Johor Bahru & Penang

Tersenarai dalam Britishpedia: Successful People in Malaysia
Sebagai salah seorang tokoh usahawan berjaya tempatan.
PENGIKTIRAFAN & PENDAFTARAN SYARIKAT
Zazira Movers – Syarikat Berdaftar & Diiktiraf di Malaysia
Diperakui oleh Kementerian Kewangan Malaysia, SSM dan syarikat korporat utama bukti bahawa setiap perkhidmatan kami dijalankan secara sah, profesional dan berintegriti.
Sebagai syarikat movers dan logistik profesional di Malaysia, Zazira Movers komited dalam memastikan setiap operasi dijalankan mengikut piawaian industri dan undang-undang negara.
Kami berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan entiti sah Zazira Movers Sdn. Bhd. dan Zazira Trading, serta diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai syarikat yang layak untuk mengendalikan projek dan tender kerajaan.
Selain itu, Zazira Movers turut menjadi vendor berdaftar di bawah FGV Holdings Berhad, salah satu organisasi korporat terbesar di Malaysia. Pengiktirafan yang membuktikan reputasi kami sebagai rakan logistik yang dipercayai oleh syarikat besar, institusi awam dan pelanggan.
Kesemua sijil dan lesen operasi ini menegaskan komitmen kami terhadap nilai Integriti, Profesionalisme, dan Ketelusan, serta memperkukuh kedudukan Zazira Movers sebagai pakar pindah rumah & pejabat paling dipercayai No. 1 di Malaysia.




TESTIMONI
Testimoni Selebriti & Influencer Malaysia
Kami berbangga menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer Malaysia. Lihat bagaimana mereka menilai pengalaman bersama Zazira Movers dalam setiap projek pemindahan rumah & pejabat.
Nadiya Nissa
Pelakon dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan juga filem.
Cikgu Gja
seorang guru dan pencipta kandungan yang viral di Malaysia yang bernama Azizah

Jom Pindah Bersama Kami Hari Ini!
Kami telah membantu ribuan pelanggan di seluruh Malaysia berpindah dengan selamat, cepat dan tanpa stres.